BEIRUT: Lubnan pada Jumaat memanggil balik dutanya ke Perancis susulan dakwaan rogol yang dihadapinya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.
Sementara itu, Kementerian Luar Perancis dimaklumkan bahawa Ziad Taan akan mengetuai misi Lubnan di sana sebagai kuasa usaha.
Pihak berkuasa Perancis menggesa kekebalan diplomatik Adwan ditarik selepas kertas siasatan terhadap dakwaan rogol ke atasnya dibuka di Paris.
Dua bekas pekerja kedutaan memfailkan aduan terhadapnya dan aduan pertama difailkan pada Jun 2022, menurut sumber kehakiman Lubnan.
"Buat masa ini, Kementerian Luar Lubnan perlu menghantar hasil siasatan kepada badan kehakiman Lubnan dan jika ada bukti, dia akan dibicarakan di Lubnan," kata sumber itu .
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
Pihak berkuasa Perancis menggesa kekebalan diplomatik Adwan (foto) ditarik selepas kertas siasatan terhadap dakwaan rogol ke atasnya dibuka di Paris. -Twitter Association of Victims of Terrorism
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Dua pelajar Malaysia maut kemalangan di New Zealand
Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.
Kementerian Luar rai duta, perwakilan asing dalam majlis berbuka puasa
Menteri Luar rai perwakilan asing, duta dan warga kementerian dalam satu majlis berbuka puasa, malam tadi.
Malaysia alu-alukan penganjuran CHOGM ke-27 pada Okt, sahkan komitmen - Wisma Putra
Kementerian Luar pada Isnin (11 Mac), berkata bahawa Malaysia akan membaharui komitmennya kepada Komanwel pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa, Oktober ini.
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam letupan bom di Rameshwaram Cafe Bengaluru India
Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang terjejas dalam insiden letupan bom di Rameshwaram Cafe di Bengaluru, India.
KPM serah dana kemanusiaan Palestin berjumlah RM11.5 juta kepada Wisma Putra
Dana itu dikumpul menerusi penganjuran acara Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan KPM dan menerusi sumbangan daripada pelbagai pihak.